Visi

Misi

Selasa, 27 Julai 2010

Aktiviti Membaca Surah Yaasin sempena Nisfu Syaa'ban

Hari ini, warga SUBM mengadakan aktiviti membaca surah Yaasin bersempena dengan Nisfu syaa'ban bagi memohon kepada Allah Ta'ala supaya di panjangkan usia,menolak bala dan dimurahkan rezeki





Ahad, 4 Julai 2010

Majlis menandatangani rekod kemajuan


Sabtu kelmarin, SUBM mengadakan majlis menandatangani rekod kemajuan murid-murid bagi peperiksaan setengah tahun 2010. Di samping itu juga, para Ibubapa berkesempatan bertanya tentang prestasi pelajaran anak-anak mereka.






Jumaat, 2 Julai 2010

Pemilihan bagi peraduan Tulisan jawi peringkat sekolah-sekolah

SUBM mengadakan pemilihan bagi peraduan tulisan jawi peringkat sekolah-sekolah yang di adakan selama dua hari iaitu pada 26 mei dan 28 mei. Semua darjah terlibat dalam mengikuti peraduan ini dari darjah Pra sehingga darjah 6.








Aktiviti selepas Peperiksaan setengah tahun 2010

Seperti kebiasaannya, pihak sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti selepas peperiksaan setengah tahun 2010.Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu aktiviti sekolah dalam memupuk anak-anak rajin ke sekolah disamping melahirkan kreativiti,ketekunan dan kerjasama di antara satu dengan yang lain. Di antara aktiviti itu ialah peraduan mewarna, silang kata,peraduan tulisan jawi,membuat projek serta menonton video keugamaan


AKTIVITI MEWARNA BAGI DH 2 DAN DH 3



AKTIVITI MEMBUAT PROJEK BAGI PELAJARAN IBADAT DH 1



PERADUAN TULISAN JAWI BAGI DH PRA HINGGA DH 5