Visi

Misi

Isnin, 2 Ogos 2010

Sukan Ria antara Rumah-rumah SUBM

Sabtu lepas, warga SUBM mengadakan sukan ria antara Rumah-rumah. 14 acara sukan dipertandingkan mengikut kategori iaitu bagi ketegori A(murid-murid dh pra dan 1), kategori B(Murid-murid dh 2 dan 3),kategori C(murid-murid dh 4,5 dan 6) dan kategori D(bagi Guru-guru). Sebanyak 3 buah pasukan yang menyertai iaitu rumah biru, rumah merah dan rumah hitam. Dan dalam acara sukan itu, pasukan dari Rumah Biru menjuarai pertandingan itu di ikuti rumah merah di tempat kedua dan rumah hitam di tempat ketiga.

Rumah Biru menjulang piala Kemenangan..hee!

Pasukan rumah Merah

Pasukan Rumah Hitam

Acara sukan meniup belon sehingga pecah...

Acara sukan memasukkan bola pingpong kedalam baldi bagi guru-guru

PENYAMPAIAN HADIAH



Selasa, 27 Julai 2010

Aktiviti Membaca Surah Yaasin sempena Nisfu Syaa'ban

Hari ini, warga SUBM mengadakan aktiviti membaca surah Yaasin bersempena dengan Nisfu syaa'ban bagi memohon kepada Allah Ta'ala supaya di panjangkan usia,menolak bala dan dimurahkan rezeki





Ahad, 4 Julai 2010

Majlis menandatangani rekod kemajuan


Sabtu kelmarin, SUBM mengadakan majlis menandatangani rekod kemajuan murid-murid bagi peperiksaan setengah tahun 2010. Di samping itu juga, para Ibubapa berkesempatan bertanya tentang prestasi pelajaran anak-anak mereka.






Jumaat, 2 Julai 2010

Pemilihan bagi peraduan Tulisan jawi peringkat sekolah-sekolah

SUBM mengadakan pemilihan bagi peraduan tulisan jawi peringkat sekolah-sekolah yang di adakan selama dua hari iaitu pada 26 mei dan 28 mei. Semua darjah terlibat dalam mengikuti peraduan ini dari darjah Pra sehingga darjah 6.








Aktiviti selepas Peperiksaan setengah tahun 2010

Seperti kebiasaannya, pihak sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti selepas peperiksaan setengah tahun 2010.Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu aktiviti sekolah dalam memupuk anak-anak rajin ke sekolah disamping melahirkan kreativiti,ketekunan dan kerjasama di antara satu dengan yang lain. Di antara aktiviti itu ialah peraduan mewarna, silang kata,peraduan tulisan jawi,membuat projek serta menonton video keugamaan


AKTIVITI MEWARNA BAGI DH 2 DAN DH 3



AKTIVITI MEMBUAT PROJEK BAGI PELAJARAN IBADAT DH 1



PERADUAN TULISAN JAWI BAGI DH PRA HINGGA DH 5





Selasa, 18 Mei 2010

Lawatan Ke KINGSTON beverage and creamery

Selasa - Warga SUBM hari ini membuat lawatan sambil belajar ke KINGSTON Beverage and Creamery di Beribi. Seramai 30 orang rombongan mengikuti lawatan itu iaitu murid-murid darjah Pra hingga darjah 2. Dalam lawatan itu, rombongan SUBM diberikan taklimat sebelum masuk ke kilang berkenaaan.kemudiannya, rombongan dibawa untuk melihat cara membuat aiskrim dan tempat menyimpan aiskrim yang telah diproses.

KINGSTON Beverage and Creamery SDN BHD

Gambaran di luar kilang KINGSTON...
Taklimat sebelum lawatan di mulakan...

nyaman eh aiskrim ane...hehe

Nyum nyum...murid-murid diberi makanan aiskrim secara percuma..

Ahad, 16 Mei 2010

Solat sunnat hajat dan membaca surah Yaasin

Pada 15 mei 2010, sabtu - Sekolah Ugama Batang Mitus dan Sekolah Ugama Bakiau hari ini mengadakan solat sunnat hajat dan membaca surah yaasin di Masjid Kampung Kiudang sempena peperiksaan setengah tahun yang bakal menjelang. Seramai 80 murid termasuk Guru pengawas kedua buah sekolah turut menghadiri acara berkenaan.