Visi

Misi

Isnin, 8 Mac 2010

Majlis Perpisahan Bekas Guru Besar SUBM

Hari ini, warga SUBM mengadakan satu Majlis Perpisahan :"Semekar Budi, sejambak kenangan" bersama bekas Guru Besar SUBM, Cikgu Mohammad Taib Bin Jainal.Acara di mulakan dengan Bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai di ikuti dengan ucapan Guru Besar Baru, Cikgu Muhammad Rizal Bin Haji Ahmad serta ucapan dari wakil penuntut dan ucapan daripada Bekas Guru Besar.Acara di serikan dengan persembahan nyanyian dan pantun oleh murid-murid darjah pra hingga darjah 6.Kemudiannya penyampaian hadiah oleh Bekas GB kepada murid-murid yang berjaya dalam aktiviti mewarna dan kuiz sempena Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan. Acara di akhiri dengan penyampaian cenderamata dan bersalam-salaman. Cikgu Muhammad Taib, mula berkhidmat sebagai Guru Besar di SUBM pada bulan Mei 2006 sehingga Januari 2010. Sekarang beliau di tugaskan di JPI, Tutong.

"Semekar Budi sejambak kenangan.."

Ucapan Guru Besar baru SUBM...

Murid-murid bersalaman dengan Guru Besar...

Ucapan bekas Guru Besar SUBM..

Gerenti ada yang mencuit hati nee..hee

Pemenang bagi darjah 1 aktiviti mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan..

Penyampaian hadiah...Aktiviti kuiz sempena Sambutan Maulidur Rasul..

Persembahan pantun...cukup dengan gayanya..hee

Persembahan nyanyian "Saat terakhir dan menatap wajahmu" oleh sebahagian murid-murid
darjah pra hingga 6


Tiada ulasan:

Catat Ulasan