Visi
Misi
Khamis, 22 April 2010
Peraduan mewarna dan melukis poster sempena Hari kesihatan (Tembakau)
Bersempena dangan hari kesihatan (Tembakau), warga SUBM hari ini mengadakan aktiviti anti-rokok sambil berkempen supaya warga SUBM bebas daripada ROKOK. Peraduan di bahagikan kepada dua kategori, iaitu mewarna bagi murid darjah rendah dan melukis poster bagi murid darjah Atas. Acara di mulakan dengan ceramah anti-rokok dan di ikuti dengan penyampaian lencana anti-rokok kepada murid dan guru-guru sebagai tanda semangat dalam kempen yang di adakan.Tujuan aktiviti ini ialah bagi menyahut seruan Pihak Kementerian Kesihatan dalam memupuk nilai kesedaran kepada orang ramai dan kepada murid-murid khasnya tentang bahaya rokok dan kesannya.
Antara poster yang di pamerkan...
Guru-guru memakai lencana anti-rokok sebagai menyokong kempen anti-rokok
Cikgu lela menampalkan 'sticker' anti-rokok kepada salah seorang murid
Ceramah Anti-rokok sebelum memulakan aktiviti..
Melukis poster bagi darjah Atas...
Mewarna dengan bersungguh-sungguh
salah satu lukisan bertajuk "Merokok membawa maut"
suasana di dalam bilik darjah...
Inilah hasil mereka...
Guru dengan semangat berkempen sempena hari tembakau
Sebahagian murid darjah rendah dengan hasil mewarna mereka...
Hasil lukisan yang di warnai...
Selasa, 20 April 2010
Lawatan sambil belajar ke BKN
Hari ini warga SUBM dari darjah 2 hingga darjah 6 mengadakan lawatan sambil belajar ke Biro Kawalan Narkotik (BKN) di Gadong. Seramai 40 murid termasuk 5 orang guru pengawas mengikuti dalam lawatan tersebut. Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu kegiatan sekolah disamping memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid.
Taklimat yang disampaikan oleh Hjh Ida..
Sewaktu melihat sedutan 'powerpoint'..
Murid-murid mendengar penerangan dari pegawai yang bertugas...
Tidak melepaskan peluang melihat barang yang di pamerkan....
apa yang ditunjuk atu...hee
Antara guru pengawas yang turut serta...
Murid-murid diberi 'souvenier' dalam lawatan tersebut..
keadaan sebelum mulanya taklimat ...
Selasa, 30 Mac 2010
Aktiviti Sempena cuti panggal pertama persekolahan
Pada 18hb Mac 2010 yang lalu, warga SUBM mengadakan Bacaan Ratib dan kempen kebersihan sempena cuti persekolahan panggal yang pertama mulai dari 19 mac hingga 28 mac 2010.Aktiviti berkenaan juga merupakan sebahagian daripada kegiatan sekolah.

Bacaan Ratib beramai-ramai sebelum kempen kebersihan..

Gb menyangkul dengan semangat..hee

Sebahagian murid mewarnai batu-bata...

Murid-murid juga tidak ketinggalan ikut serta...

proses menanam bunga complete dengan baja nya..hee

Menyangkul juga buleh mengeluarkan paluh..hehe

Menyusun bata untuk 'walkway'...

Iatah ne usulnya Taman Bunga SUBM..
Isnin, 8 Mac 2010
Majlis Perpisahan Bekas Guru Besar SUBM
Hari ini, warga SUBM mengadakan satu Majlis Perpisahan :"Semekar Budi, sejambak kenangan" bersama bekas Guru Besar SUBM, Cikgu Mohammad Taib Bin Jainal.Acara di mulakan dengan Bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai di ikuti dengan ucapan Guru Besar Baru, Cikgu Muhammad Rizal Bin Haji Ahmad serta ucapan dari wakil penuntut dan ucapan daripada Bekas Guru Besar.Acara di serikan dengan persembahan nyanyian dan pantun oleh murid-murid darjah pra hingga darjah 6.Kemudiannya penyampaian hadiah oleh Bekas GB kepada murid-murid yang berjaya dalam aktiviti mewarna dan kuiz sempena Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan. Acara di akhiri dengan penyampaian cenderamata dan bersalam-salaman. Cikgu Muhammad Taib, mula berkhidmat sebagai Guru Besar di SUBM pada bulan Mei 2006 sehingga Januari 2010. Sekarang beliau di tugaskan di JPI, Tutong.
"Semekar Budi sejambak kenangan.."
Ucapan Guru Besar baru SUBM...
Murid-murid bersalaman dengan Guru Besar...
Ucapan bekas Guru Besar SUBM..
Gerenti ada yang mencuit hati nee..hee
Pemenang bagi darjah 1 aktiviti mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan..
Penyampaian hadiah...Aktiviti kuiz sempena Sambutan Maulidur Rasul..
Persembahan pantun...cukup dengan gayanya..hee
Persembahan nyanyian "Saat terakhir dan menatap wajahmu" oleh sebahagian murid-murid
darjah pra hingga 6
Lawatan Ke Pesta Buku 2010
Selasa- Pada 01 mac dan 02 Mac 2010, SUBM mengadakan lawatan ke Pesta Buku bertempat Di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah.Pada hari pertama lawatan, seramai 28 murid dari darjah Pra,2, 5 dan 6 mengikuti lawatan tersebut dan pada hari kedua, seramai 27 murid dari darjah 1,3 dan 4 serta Guru-guru.
Bergambar ramai sebelum meninggalkan tempat lawatan..
sampat lagikan bergambar tuu..hee
Khamis, 4 Mac 2010
Sambutan Sempena Maulidur Rasul dan Sempena Hari Kebangsaan Ke-26
Khamis -04 Mac 2010 SUBM mengadakan Sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-26.Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu kebangsaan dan lagu-lagu Patriotik oleh Murid-murid.Selepas itu, di adakan aktiviti mewarna dan menyusun perkataan bagi murid-murid darjah Pra hingga 3 dan aktiviti menyusun tema-tema Hari Kebangsaan Negara Brunei dan kuiz sempena Maulidur Rasul bagi murid-murid darjah 4 hingga 6.
Aktiviti menyusun tema-tema Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam..
Selasa, 16 Februari 2010
Majlis Pembukaan Zikir SUBM
Hari ini Warga SUBM mengadakan Majlis Pembukaan dzikir sempena Maulidur Rasul Bagi Tahun 1431H. Majlis tersebut di sertai oleh murid-murid darjah Pra sehingga darjah 6.Acara dzikir akan berlangsung sehingga 25 Februari ini.

Murid-murid perempuan juga turut serta...

Dikir As-salamua'lai di ketuai oleh murid Lelaki

Bersemangat mengalunkan dzikir...
Langgan:
Catatan (Atom)

